Untuk pertama kalinya saya akan menulis dalam bahasa ibunda saya iaitu bahasa malaysia kerana sebelum ini saya rasa yg saya ini Puff Daddy ataupun Pete Wentz yg tidak reti berbahasa melayu. Akan tetapi, saya masih rasa saya ini Mark Hoppus kerana insan tersebut telah..... dan beliau memiliki susuk tubuh yang lebih kurang seperti saya. Cukup. Kalian mahu dengar satu cerita yang diulit tragedi dan komedi pada masa yang sama? Nikmatilah!
Sebermula maka tersebutlah satu kisah. Saya Ariff Pop, Ali Pop, Faez Fah, Fadli Nus dan Ram Lah Lee mengambil keputusan untuk berjalan2 pada waktu malam. Malam yang indah tersebut adalah semalam. Kami berlima pada mulanya berseronok dan memenuhi kawasan sunyi tersebut dengan gelak tawa dan bunyi kentut. Tiba-tiba(unsur saspens) mata kami meliar ke kawasan yang sebelum ini kami pernah lalui dan bertemu dgn segerombolan makhluk yang namanya sering disebut untuk menggambarkan posisi persetubuhan. Gaya anjing. Pada malam tersebut kami bernasib baik. Pada malam ini juga kami bernasib baik. Akan tetapi, saya berkata kepada empat sahabat karib saya "gay brothers, jalan baik2 mana tau die ambush kita dari tepi". Tetapi, mereka dan juga saya tidak mengambil serius akan penyataan yang telah saya berikan itu. Tidak mengapa.
Kami meneruskan perjalanan ke restoran indian cuisine yang terkemuka di bandar sate ini.Restoran Ayza. Setelah disakitkan hati oleh ane dan buncitkan perut, kami beransur pulang. Borak borak, ehem ehem dan gelak gelak kemudian, kami sampai ke tempat kami bertemu dgn makhluk tersebut. Kami berlima agak terkejut kerana hanya seekor yang menunggu kami. Kami gelak dengan penuh kepuasan. Luar dari kesedaran kami, bahaya is just around the corner (bak kata mamat salleh). Kami terjumpa sekujur tubuh yang pada mulanya kami ingat seekor anak kucing yang telah mati. Akan tetapi, selepas melihat dengan lebih teliti, tubuh tersebut bukanlah bangkai anak kucing tetapi bangkai anak anjing. Fadli Nus tanpa segan silu menyuluh bangkai tersebut dan semak berdekatan dgn lampu suluhnya.
Seekor anjing yang agak ganas telah keluar dan mengejar kita. Runut bunyi cerita Jaws bermain di kepala dan saya mengingatkan diri saya bahawa saya hanya perlu lari lebih laju dari rakan sebelah saya(Ali Pop) untuk mengelakkan diri saya daripada diratah-ratah. Dan saya hampir berjaya sehingga...... mereka berempat terdengar satu bunyi yg kuat dan sedar bahawa anjing tersebut telah berhenti. Terdengar laungan Ali Pop "weyh! ariff pop mana?!". Mereka perasan bahawa saya tidak ada di belakang mereka dan saya telah hilang dari pandangan. Memanglah saya hilang. Saya berada di dalam longkang pada masa itu. Idiots. Mereka bergegas untuk membantu saya dan Ram Lah Lee telah tolong mencari kaca mata saya yang hilang. Mengapakah saya berada di dalam longkang?
Cerita sebenarnya ialah begini. Setelah nampak anjing yg comel tapi ganas itu mengejar. Kami lari lintang-pukang. Fadli Nus telah mendahului manakala Ali Pop dan Ram Lah Lee berada sedikit di belakang. Faez Fah pula berada di hadapan saya. Saya mengaku bahawa saya sudah tembam, lambat sedikit lari dan 'boyak', istilah yang sering digunakan oleh orang kampung saya untuk menggambarkan seorang yg clumsy. Setelah sedar saya berada di belakang, saya dengan nekadnya menolak Faez Fah ketepi kerana telah menghalang laluan saya untuk kehadapan. Akan tetapi, saya gagal dan telah jatuh bergolek-golek dan kemudiannya masuk ke dalam longkang yang teletak beberapa meter dari tempat saya jatuh. Nasib baik anjing tersebut hanya memandang saya. Mesti dlm hatinya dia berkata "padan muka budak boyak". Anjing tersebut beredar selepas itu. Mereka tolong saya keluar dan kami ke rumah Ali Pop untuk membersihkan luka.
Ironinya, malam tersebut merupakan hari jadi ke 16 Fadli Nus dan kami berancang untuk mengenakan dia. Bak kata abang jambu Justin Timberlake, "what goes around comes around". Padan lah muka saya. Moral cerita ini adalah, jangan lah pentingkan diri sendiri dan tolak kawan ketepi apabila dikejar anjing. Tolaklah kawan anda sehingga jatuh.
Gaya Bahasa:
bahasa inggeris: clumsy, idiots
bahasa tamil: ane
dialog: "gay brothers, jalan baik2 mana tau die ambush kita dari tepi"
monolog: "padan muka budak boyak"
kata nama am: Restoran Ayza
perbahasa: what goes around comes around
bahasa kampung ariff pop: boyak
Pop!
ReplyDeleteEntri kali ini sangat keji!
Kejap, aku nak link entri ni!
Haha!
boyak2 jgn sebut aaaa.. sensitif tau.
ReplyDelete